PULAU PINANG, 25 Februari 2025 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan sesi walkabout bagi meninjau persiapan akhir Permukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN 2025 yang berlangsung mulai hari ini hingga 27 Februari.
Â
Permukiman ini menjadi landasan penting sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus yang akan dipengerusikan oleh Malaysia pada November 2025 di Kuala Lumpur.
Â
Menurut YB Menteri Pertahanan, perubahan dalam kepimpinan, geopolitik global, serta kemajuan teknologi menuntut dialog berterusan dalam kalangan negara ASEAN bagi memastikan keamanan dan kestabilan serantau.
Â
Malaysia juga akan mengemukakan beberapa cadangan strategik sepanjang permukiman ini, termasuk isu kecerdasan buatan, keselamatan siber dan maritim, pengurusan bencana, industri pertahanan, ancaman daripada non-state actors, serta aspek biosekuriti.