Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

14TH JAPAN-ASEAN VICE MINISTERIAL FORUM (VMT)

mindef

JEPUN, 11 Februari 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali bersama delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia telah menghadiri 14th Japan-ASEAN Vice Ministerial Forum (VMT) yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Jepun bagi Hal Ehwal Antarabangsa, TYT Koji Kano.
 
Dalam sesi forum tersebut, YBhg. Ketua Setiausaha telah menyampaikan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan Jepun kerana telah memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dan mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks. Beliau turut berterima kasih kepada Jepun kerana memilih Malaysia sebagai antara penerima awal bantuan di bawah Official Security Assistance (OSA).
 
YBhg. Ketua Setiausaha turut berkesempatan untuk berkongsi fokus dan keutamaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi memastikan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) dan ADMM-Plus kekal relevan dan sentiasa melihat ke hadapan dalam meningkatkan daya tahan serantau serta menjamin kestabilan serta keselamatan yang lebih mampan di rantau ini.
Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my