Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE KEM TERENDAK MELAKA

info

MELAKA, 2 Mei 2024 - YB Dato’ Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan tinjauan ke 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) serta melawat keadaan penginapan pegawai dan anggota tentera di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dalam Lawatan Kerja ke Kem Terendak Melaka.

Dalam lawatan tersebut YB Menteri Pertahanan telah menerima taklimat berkenaan pembinaan baharu hospital 94 HAT Terendak sekaligus meninjau ke keadaan 94 HAT tersebut.

Semasa lawatan ke RKAT, beliau turut meninjau dan melihat sendiri keadaan penginapan pegawai dan anggota yang tinggal di RKAT berkenaan. Secara keseluruhannya, sejumlah 3,964 unit kediaman telah disediakan kepada warga tentera yang bertugas di Kem Terendak.

Turut diadakan penyerahan mock cheque Peruntukan Senggaraan RKAT Kem Terendak berjumlah RM3,165,000.00 serta Penyerahan Sumbangan Pendidikan MADANI oleh Yayasan LTAT - YLTAT untuk anak-anak ATM Tahun 1 sesi persekolahan 2024. 

Selain itu, YB Menteri Pertahanan turut memberikan sumbangan bantuan kebajikan kepada 10 orang penerima dari kalangan anak anggota yang menghidap penyakit kronik. Setiap kanak-kanak tersebut menerima sumbangan tunai sebanyak RM300.00 secara one-off dan sumbangan hamper bernilai RM200.00 daripada Tentera Darat Malaysia (TDM).

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my