Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SIRI JELAJAH PVM KE SARAWAK

info

SARAWAK, 28 April 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan memulakan siri jelajah Peduli Veteran Madani (PVM) di Sarawak bermula 26 hingga 30 April 2024.

YB Adly Zahari telah memulakan jelajah dengan mengadakan Sesi Dialog bersama Veteran ATM di Dewan Komuniti Serian. Beliau juga turut menyampaikan 700 bantuan Kotak Rahmah kepada veteran ATM di kawasan Serian, Bau, Lundu, Kota Samarahan dan Kuching.

Dalam lawatan tersebut beliau turut berkesempatan menziarahi keluarga mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia anak Rohna, TLDM di Kampung Engkeroh, Serian, Sarawak.

Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM iaitu Pbt Matthew Anak Bujang (B), En Matthew Anak Bujang, En Thomas anak Panyin, En. Guwel anak Tahell dan En. Noew Anak Galan.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my