Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

JELAJAH PEDULI VETERAN MADANI (PVM) SARAWAK

info

SARAWAK, 29 April 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan meneruskan  Jelajah Peduli Veteran Madani (PVM) di Sarawak.

Dalam lawatan semalam, YB Adly Zahari telah mengagihkan bakul makanan dan bantuan kewangan kepada En. Tayron anak Galan, En. Noew anak Thomas, En. Goan anak Moinn, En. Norismail bin Abeng serta Pn. Noded anak Lumoi balu kepada mendiang Abum anak Langu.

Beliau turut mengumumkan kelulusan bantuan sebuah katil kepada En. Tayron anak Galan serta kelulusan sebuah rumah kepada Pn. Noded anak Lumoi.

Manakala pada lawatan hari ini, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah melawat ke rumah veteran ATM Jetin anak Totong, Minkar anak Diros, Jiok anak Lejek, Nojem anak Niko, Jarob anak Jais, Beruim anak Misik, Minchang anak Jack, Banlehong anak Duyah, Robart anak Aseng serta Daut anak Loros.

Beliau juga turut melawat Usahawan Veteran ATM iaitu Payah anak Bunsu yang mengusahakan perniagaan jahitan serta Morni anak Ibrahim yang mengusahakan perniagaan makanan dan katering.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my