
Slide 1
Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025
Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 merupakan dokumen rencana tindakan yang menggariskan strategi dan strategi inisiatif yang perlu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bagi mencapai output dan keberhasilan yang ditetapkan. Seiring dengan tema Kertas Putih Pertahanan (KPP), PSM 2021–2025 menyokong visi KPP iaitu ‘Malaysia Yang Selamat, Berdaulat Dan Makmur’. Sebagai tunjang kepada pertahanan negara, Kementerian Pertahanan perlu melaksanakan strategi yang dirancang dengan berkesan agar matlamat yang digariskan dapat direalisasikan.