Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

LANGKAWI, 26 Mei 2023 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan menghadiri Fleet Cultural dan Food Festival Night sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Resort World Langkawi.

Program ini melibatkan 11 negara yang menyertai LIMA 2023 dengan tujuan mengeratkan lagi persahabatan antara warga TLDM dengan angkatan laut negara-negara sahabat. Peserta yang terlibat adalah dari Brunei Darussalam, China, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Panglima Tentera Laut dalam ucapan beliau memberi penghargaan kepada semua negara peserta dalam menjayakan program yang seakan sebuah karnival tentera laut dengan menonjolkan kebudayaan dan makanan masing-masing, di samping dapat mengeratkan persahabatan yang sudah lama terjalin antara satu sama lain.

Turut serta, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Muez bin Abd Aziz; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Mohammad bin Ab Rahman serta pegawai-pegawai ATM.