LANGKAWI, 27 Mei 2023 - LIMA 2023 telah melabuhkan tirainya dan ia telah menarik seramai 250,000 pengunjung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) edisi ke-16 ini telah berakhir dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke Siew Fook. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Kedua-dua menteri mengakhiri majlis penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan pihak berkepentingan kerana menjayakan LIMA ke-16 dan menjemput semua orang ke LIMA edisi ke-17 pada tahun 2025.