

yang merupakan pameran Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri terbesar di Asia kini hadir sekali lagi bagi edisi ke-17 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 28-31 Mac 2022.
DSA 2022 kali ini bakal menjadi satu lagi pameran berprofil tinggi dengan mengetengahkan kelengkapan canggih bagi peperangan elektronik di darat, udara, laut, domain siber, perlindungan sempadan, pengenalan warganegara, teknologi kecerdasan buatan (AI), produk dan teknologi penjagaan kesihatan medan perang, sistem latihan & simulasi, peranti polis dan keselamatan tanah air serta sistem perlindungan aset kritikal.
Turut diadakan serentak dengan DSA 2022, adalah Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia 2022) edisi kedua iaitu sebuah pameran antarabangsa mengenai Keselamatan Negara untuk Asia, yang meliputi Penguatkuasaan Undang-undang, Keselamatan Dalam Negeri dan Kawalan Sempadan.
Memainkan peranan penting sebagai hab Pertahanan dan Keselamatan Asia Pasifik untuk industri pertahanan dan keselamatan dunia bagi aktiviti penyumberan perniagaan, kedua-dua acara mega ini turut berfungsi sebagai platform penting menghimpunkan pelbagai pemain utama dalam industri pertahanan dan keselamatan serta agensi kerajaan untuk pakatan strategik, kerjasama perniagaan dan rangkaian yang berjaya.
DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 terbuka kepada delegasi peringkat tinggi, kakitangan kerajaan, profesional dan eksekutif industri Pertahanan dan Keselamatan serta anggota tentera, polis dan agensi penguatkuasaan sahaja.
Untuk maklumat terperinci, sila layari www.dsaexhibition.com






ke arah era baharu pertahanan dan keselamatan


Safe Exhibition Bubble




