Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SUMBANGAN SEMPENA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEMENTERIAN PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 23 April 2024 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyampaikan sumbangan kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpilih daripada kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), dan Veteran ATM dalam satu majlis sempena Rumah Terbuka Aidifitri Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan juga turut menyampaikan sumbangan kepada tiga adalah anak-anak veteran ATM yang telah berjaya menerima biasiswa Yayasan LTAT - IIUM Ummatic. 

Selain daripada itu, turut diserahkan sumbangan RM50 secara one-off kepada 9,355 anak-anak ATM Tahun 1 sesi persekolahan Tahun 2024 dengan nilai sebanyak RM467,750.00, dan sumbangan RM300 ribu dalam bentuk bantuan kebajikan kepada anak-anak ATM yang kurang upaya seperti Autisme, Dysparaxia, Masalah Pembelajaran, Autisme, Mild Autism dan Down Syndrom.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my