Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SESI LIBAT URUS KSU BERSAMA PEMAIN INDUSTRI PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 25 April 2024 – YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha telah menghadiri Sesi Libat Urus Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama Pemain Industri Pertahanan di Grand Ballroom Flamingo Hotel, Ampang.

Sesi libat urus yang merupakan anjuran  Bahagian Industri Pertahanan ini telah dihadiri oleh 214 wakil dari 156 syarikat industri pertahanan. 

Anjuran libat urus ini dilihat sebagai satu platform bagi YBhg. Ketua Setiausaha dalam menyampaikan hasrat dan dasar kerajaan terutamanya hala tuju Kementerian Pertahanan kepada pemain industri bagi merancakkan lagi perkembangan industri pertahanan. 

Selain itu, YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha juga telah memaklumkan hasrat penubuhan Coalition of Defence Industry Malaysia (CDIM) dengan hasrat untuk memperkasakan industri pertahanan tempatan melalui kolaborasi dan kerjasama di kalangan syarikat-syarikat tempatan serta pihak berkepentingan dalam industri pertahanan.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my