Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PELANCARAN PAMERAN LIMA 2025

info

KUALA LUMPUR, 26 April 2024 - Hari ini secara rasminya Kementerian Pertahanan telah mengumumkan pelancaran Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA 2025), yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025. 

Majlis pelancaran Pameran LIMA 2025 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB @adlyzahariofficial bertemakan ”Innovate Today, Thrive Tomorrow” adalah untuk mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

LIMA 2025 akan mengetengahkan beberapa segmen baru bagi menarik lebih banyak penyertaan daripada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadi sebahagian daripada Pameran LIMA 2025 bagi kedua-dua segmen aeroangkasa dan maritim.

Penganjuran LIMA’2025 kali ini merupakan anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia bersama Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd. 

Hadir sama Ketua Setiausaha, Datuk Seri Isham bin Ishak, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan MINDEF dan ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my