Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MALAYSIA-INDONESIA PERKUKUH KERJASAMA PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 - Menteri Pertahanan Republik Indonesia, TYT Prabowo Subianto telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada 4 April 2024 di Wisma Pertahanan sempena lawatan khas ke Malaysia.

Semasa pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengungkapkan keyakinannya bahawa dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh TYT Prabowo Subianto, inisiatif-inisiatif yang dibawanya, terutama dalam bidang pertahanan, akan memberi kesan yang positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau.

Menteri kedua-dua negara juga menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. Kedua-dua Menteri yakin bahawa kerjasama yang kukuh akan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sedia ada dan akan datang dapat terus dilaksanakan, seterusnya membawa hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my