Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN TERMA RUJUKAN AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA

info

PUTRAJAYA, 2 Mei 2024 - Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia sebagai penyelaras antara agensi keselamatan dan penguatkuasaan mengenai kawalan dan perlindungan sempadan negara yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Kementerian Dalam Negeri.

Menerusi penyerahan ini, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) akan bertindak sebagai agensi penyelaras bagi aktiviti operasi khas penguatkuasaan berkaitan kawalan dan perlindungan sempadan negara yang melibatkan pegawai, aset dan undang-undang di bawah Jabatan/Agensi sedia ada.

Hadir sama YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my