Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA WARGA TLDM DI PANGKALAN TLDM JOHOR BAHRU

info

JOHOR BAHRU, 17 Mac 2024 - YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah meraikan 500 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu majlis berbuka puasa di Pangkalan TLDM Johor Bahru.

YB Menteri Pertahanan berbesar hati menyantuni warga TLDM yang hadir,  seterusnya menyempurnakan sesi penyampaian sumbangan kebajikan oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) kepada 20 orang warga TLDM. 

Beliau kemudiannya menyampaikan penyerahan mock cheque Peruntukan Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) TLDM Tahun 2024 berjumlah RM69.5 juta kepada Panglima Tentera Laut. 

Simbolik penyerahan peruntukan ini membuktikan Kementerian Pertahanan sentiasa cakna dan komited dalam usaha memelihara kebajikan dan kemaslahatan warga TLDM.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Panglima Tentera Laut serta serta warga Pangkalan TLDM Johor Bahru.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my