Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA WARGA TENTERA DARAT

info

JOHOR, 30 Mac 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 600 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram.

Dalam majlis ini, YB Menteri Pertahanan telah menyampaikan Mock Cheque Peruntukan Keseluruhan Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Tahun 2024 berjumlah RM199.5 Juta kepada Panglima Tentera Darat disusuli Peruntukan Senggaraan Tahun 2024 kepada Komandan PULADA berjumlah RM1,055,413 Juta dan Panglima 7 Briged, berjumlah RM1,870,870 Juta. 

YB Menteri Pertahanan juga turut menyempurnakan sesi penyampaian sumbangan kebajikan kepada 30 orang warga 7 Briged dan PULADA melibatkan anggota dan waris yang mempunyai penyakit kronik dengan kerjasama Yayasan LTAT - YLTAT .

Terdahulu, YB Menteri Pertahanan telah menerima taklimat berkenaan penghuni yang mendiami RKAT Desa PULADA, gerak kerja senggaraan dan pembaikan yang telah dilaksanakan pada bangunan RKAT. Tinjauan ke blok RKAT turut diadakan bagi melihat dengan lebih dekat keadaan di sana.

Beliau turut menyantuni 2 anggota penghuni RKAT tersebut iaitu Staf Sarjan Iwot bin Gungkil, Ketua Detasmen Cawangan Serigala PULADA dan Koperal Morrison anak Ferlix, Pembantu Perubatan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) PULADA.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my