Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS BERBUKA PUASA KEMENTERIAN PERTAHANAN BERSAMA PENGAMAL MEDIA TEMPATAN

info

KUALA LUMPUR, 3 April 2024 - YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertahanan bersama pengamal media tempatan sebagai menzahirkan penghargaan kepada mereka yang banyak memberi sokongan kepada Kementerian Pertahanan.

Selain daripada itu, YB Menteri Pertahanan menerusi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) turut mengumumkan inisiatif bagi membantu warga ATM dan anak-anak melalui sumbangan Bantuan Kebajikan Anak Kurang Upaya warga ATM berjumlah RM300 ribu bagi kategori pelajar sekolah dan mahasiswa IPTA/IPTS.

Antara inisiatif lain iaitu sumbangan Aidifitri sejumlah RM22,500 kepada pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM dengan kerjasama Pharmaniaga Berhad.

Seterusnya, Pharmaniaga Berhad dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan juga ahli Kumpulan LTAT telah mengumumkan satu platform Latihan Industri di bawah Program Pharmagrad dan BHPetrol Protégé.

Program selama lapan bulan untuk Pharmagrad dan setahun untuk BHPetrol Protégé ini akan menjadi platform persediaan kepada graduan-graduan yang terpilih untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing, seterusnya menjadikan mereka lebih boleh dipasarkan dan boleh diambil bekerja.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my