Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN MENTERI PERTAHANAN KE TEMPAT NAHAS

info

PERAK, 23 April 2024 - Susulan insiden nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi tadi, YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan hari ini telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian.

Lawatan ini bagi melihat situasi semasa yang berlaku serta mengikuti dengan lebih dekat perkembangan kejadian tersebut.

Sebelumnya, YB Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera, Lumut untuk bertemu ahli keluarga mangsa yang terlibat. 

Beliau turut menzahirkan dukacita serta mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa, semoga mereka tabah dengan ujian ini. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my