Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN MENHAN KE TAPAK PROJEK PERUMAHAN SASaR

info

KUALA LUMPUR, 16 April 2024 - Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) merupakan insiatif Kementerian Pertahanan bagi memastikan setiap warganya dapat memiliki rumah sendiri. 

Hari ini, Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah mengadakan lawatan ke Tapak Perumahan Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Sungai Besi.

Status perkembangan Projek SASaR Sungai Besi ini berada di tahap kemajuan yang sangat baik. Sehingga 12 April 2024, kerja-kerja pembinaan telah mencapai kira-kira 65.51%, iaitu 21 hari lebih awal berbanding jadual dengan jangkaan siap pada 2025.

Selain itu, projek perumahan ini menawarkan 3,500 unit rumah pangsa di kawasan seluas 11.95 ekar. 

Pembangunan projek perumahan ini turut dibina di dua lagi lokasi iaitu SASaR Setapak sebanyak 6,400 unit pangsapuri  manakala SASaR Wardieburn menyediakan sebanyak 974 unit pangsapuri. 

Pasukan Projek SASaR akan terus mempergiatkan promosi kepada pegawai, anggota lain-lain pangkat, veteran dan awam MinDef melalui road tour mulai Mei hingga Disember 2024 di Markas-markas Formasi dan pasukan setempat di seluruh Negara.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my