Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE RKAT TAMAN SERULING

info

SELANGOR, 22 April 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah mengadakan Lawatan Kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Taman Seruling dan menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga Kem Erskine, Kuala Kubu Bharu.

Lawatan ini bertujuan bagi melihat dengan lebih dekat keadaan persekitaran perumahan dan kondisi bangunan kediaman kerajaan kepada warga TD yang bertugas di Kem Erskine termasuk rumah yang berpenghuni dan bangunan kediaman kosong kerana rosak.

Secara keseluruhannya, senggaraan RKAT Taman Seruling melibatkan 245 buah unit dengan pecahan 11 unit rumah pegawai, 28 unit rumah Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dan 206 unit rumah Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR).

Seusai lawatan, YB Menteri Pertahanan turut beramah mesra bersama warga kem serta menyampaian mock cheque berjumlah RM 596,283.00 yang merupakan Peruntukan Senggaraan RKAT dan Blok Penginapan Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri Tahun 2024.

Setelah itu, seramai 19 orang pelajar Tahun 1 yang merupakan anak-anak anggota tentera telah menerima Sumbangan Pendidikan MADANI berjumlah RM50.00 secara one-off ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpanan SSPN Prime) dengan kerjasama Yayasan LTAT - YLTAT.

Sumbangan disusuli dengan penyampaian bantuan kebajikan iaitu sumbangan sebanyak RM300.00 secara one-off oleh YLTAT kepada 10 orang penerima dari kalangan anggota atau waris yang menghidap penyakit kronik.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my