Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA DAN MAJLIS AIDILFITRI BERSAMA ANGGOTA DI KEM SERI PANTAI

info

KUALA TERENGGANU, 27 April 2024 -  YB Khaled Nordin , Menteri Pertahanan telah mengadakan Lawatan Kerja dan Majlis Aidilfitri bersama anggota dan keluarga bertempat di Batalion Ke-18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai.

Beliau telah mengadakan lawatan ke dua buah Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Seri Pantai bagi melihat sendiri kondisi dan keadaan persekitaran semasa kediaman yang didiami oleh warga Tentera Darat.

Seusai lawatan, beliau telah beramah mesra bersama warga Kem Seri Pantai dan menyempurnakan penyerahan Peruntukan Senggaraan RKAT dan Blok Penginapan Kem Seri Pantai, Batalion Ke-18 RAMD (Para) Tahun 2024 berjumlah RM 1,320,000.00.

Turut disempurnakan semasa majlis ini adalah Sumbangan Pendidikan MADANI oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) untuk anak-anak ATM Tahun 1 sesi persekolahan 2024 kepada 10 orang pelajar telah menerima insentif berjumlah RM 50.00 secara one-off.

Selain itu, penyampaian bantuan kebajikan oleh YLTAT kepada 14 orang penerima dari kalangan anggota atau waris yang menghidap penyakit kronik turut sama dizahirkan. Setiap penerima sumbangan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 secara one-off. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my