Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

ATM TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA BERNILAI RM2,524,902.79

info

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Sebanyak 93 buah syarikat, badan korporat serta individu telah memberikan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM pada tahun ini dengan jumlah diterima sebanyak RM 2,524,902.79 berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan juadah hari raya.

Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini telah disempurnakan oleh  Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin bertujuan menghargai para penyumbang yang sentiasa menyokong perjuangan serta jasa warga ATM kepada Negara.

Melalui sumbangan tersebut, ATM berjaya menyediakan 15,000 beg yang akan diserahkan kepada semua perwira dan perajurit negara yang bertugas menjaga keselamatan perbatasan dan kesejahteraan negara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H di seluruh pelusuk tanah air melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan TDM, TLDM dan TUDM. Ini termasuklah mereka yang sedang bertugas di luar negara (PBB).

Barangan sumbangan yang diterima telah dilaksanakan pembungkusan semula oleh ahli-ahli BAKAT dan anggota ATM yang sentiasa berganding bahu menjadi tulang belakang dalam membantu menjayakan aktiviti kekeluargaan ATM selama ini.

Bagi menghargai sumbangan yang diberikan, Menteri Pertahanan turut menyampaikan pelaka khas cendera kenangan kepada para penyumbang yang terlibat selain menyempurnakan penyampaian kotak barangan sumbangan sebagai simbolik penyerahan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob dan Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Ahmad; Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi; barisan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta para pegawai kanan ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my