Dalam landskap keselamatan global yang sentiasa berkembang, satu acara berprestij akan diadakan sebagai mercu tanda inovasi dan kerjasama - Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA). DSA, diiktiraf sebagai pameran Pertahanan dan Keselamatan Terbesar di Asia, komited untuk mengekalkan piawaian kecemerlangan. Perkara ini telah terbukti dengan adanya kemajuan peralatan, teknologi, sistem, dan peperangan siber yang dipamerkan, dan ianya merangkumi kuasa darat, udara dan laut.
Tahun 2024, sekali lagi akan melakarkan sejarah dengan penggabungan bersama edisi ketiga National Security Asia (NATSEC ASIA 2024) bersama DSA. Acara bersejarah ini akan berlangsung dari 6 hingga 9 Mei 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
DSA memainkan peranan penting sebagai pusat aktiviti perniagaan dalam landskap Pertahanan dan Keselamatan Asia Pasifik. Gabungan DSA dan NATSEC ASIA ini mewakili platform penting bagi mengumpulkan pihak-pihak yang berkepentingan utama dalam industri Pertahanan dan Keselamatan serta agensi kerajaan untuk perikatan yang strategik, kerjasama dan peluang hubungan yang sangat berharga.
Secara keseluruhan, DSA & NATSEC Asia 2024 menjanjikan satu acara yang berprestij dan terulung, bagi membentuk masa depan Pertahanan dan Keselamatan. Dengan penyertaan para pempamer yang berkualiti, ciri-ciri baharu, dan persidangan yang berimpak tinggi, ini adalah satu acara yang tidak boleh dilepaskan.