Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Data Terbuka
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content
Data Terbuka Kementerian Pertahanan (Dataset)

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti berikut:-

Penggunaan data di bawah terma ini

Potenti faucibus elementum cursus aliquet dolor in in.

Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj

Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut :

Salin, terbit, edar dan pindah data;
Adaptasi data;
Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:

Potenti faucibus elementum cursus aliquet dolor in in.

Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:

Potenti faucibus elementum cursus aliquet dolor in in.

"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

Content
Pengecualian
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

Eros sit massa hendrerit magna feugiat facilisi eget vel. Nunc et urna mi risus semper at.

Data peribadi;
Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
Lambang diraja dan lambang tentera;
Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

Tiada Jaminan

Proin sit blandit lorem amet mattis quis ultrices. Turpis in at donec faucibus faucibus.

Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

Proin sit blandit lorem amet mattis quis ultrices. Turpis in at donec faucibus faucibus.

Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak Bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

Undang-Undang

Pharetra quisque nulla ac non gravida. Diam commodo tempus etiam bibendum in sed.

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Tarikh Pindaan : 30 September 2015
Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my