
Pelan Tindakan 2022 (PT22) merupakan rangka tindakan yang dibangunkan sebagai sokongan untuk memacu pencapaian dan matlamat Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 sejajar dengan visi Kertas Putih Pertahanan (KPP) iaitu Malaysia Yang Selamat, Berdaulat dan Makmur.
Objektif utama PT22 adalah untuk memastikan implementasi dan koordinasi program-program Berimpak Tinggi dapat diselaraskan bagi mencapai matlamat Kementerian secara menyeluruh.

PELAN TINDAKAN

PT22 menyelaraskan dasar-dasar di MINDEF dan ATM, bagi pelaksanaan program
Berimpak Tinggi pada tahun 2022. PT22 melibatkan lapan Teras Utama iaitu:

Kebajikan
Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan (WKP)
Kesiagaan dan Keupayaan ATM
Peningkatan Kesiagaan dan Keupayaan Pertahanan dalam Melindungi Kepentingan Negara


Kerjasama Pertahanan Antarabangsa
Pengukuhan Kerjasama Antarabangsa Dalam Menjamin Pertahanan Negara Demi Kedaulatan Negara
Kompetensi Pertahanan
Pengukuhan Kapasiti Pertahanan Yang Kompeten


Kompetensi Pertahanan
Pengukuhan Kapasiti Pertahanan Yang Kompeten
Kerjasama Awam-Tentera
Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera (Civil-Military Cooperation) ke Arah Pertahanan Menyeluruh


Industri Pertahanan Nasional
Pembangunan Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan sebagai Pemangkin Ekonomi
Kesiagaan ATM Terhadap Krisis Berskala Besar
Peningkatan Kesiagaan ATM Terhadap Krisis Non-Kinetik Berskala Besar Masa Sekarang dan Masa Hadapan
