Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2022 (10 Jun 2022)
Mengemukakan Laporan Akhir Pengauditan Prestasi kepada Auditi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas Exit Conference dilaksanakan.
Mengemukakan Pemerhatian Audit Pengurusan Kewangan kepada Auditi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengauditan selesai dijalankan.1 bulan dari tarikh terima permohonan lengkap untuk item bukan tender perolehan.
Melaksanakan Pengesahan Jawapan Accountability Index Monitoring System (AIMS) bermula dari tarikh lawatan ke Pusat Tanggungjawab (PTJ), Kementerian Pertahanan dan selesai dalam tempoh 10 hari bekerja.
Memastikan pelaksanaan Pengauditan Pengurusan Kewangan secara self-assessment dibuat oleh sekurang-kurangnya 100 Pusat Tanggungjawab (PTJ), Kementerian Pertahanan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Kami beriltizam dan berikrar untuk memberikan perkhidmatan seperti berikut:
Memastikan Nota Kepada Editor (NE) / Jemputan Media kepada agensi media tempatan dan antarabangsa dikeluarkan dalam masa 24 jam sebelum pelaksanaan acara.
Memberi maklumbalas permohonan bantuan perkhidmatan Jurufoto / Juruvideo bagi liputan acara kepada Unit/ Jabatan/ Agensi dan Kementerian Pertahanan dalam tempoh 24 jam.
Menghasilkan dan menerbitkan video Promosi / Highlight / 3rd Party Validation berkaitan Kementerian Pertahanan dalam tempoh 48 jam selepas pelaksanaan acara.
Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam hari bekerja dan menyelesaikan aduan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh penerimaan aduan.
Memantau Laporan Akhbar Harian yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan dan Agensi setiap hari bekerja, sebelum pukul 11.00 pagi.
Membuat hebahan informasi program sekiranya mendapat permintaan untuk melaksanakan hebahan dari Unit/ Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian Pertahanan dalam masa 48 jam sebelum acara.
Memastikan liputan melalui media sosial Kementerian Pertahanan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram dibuat dalam tempoh 24 jam selepas pelaksanaan aktiviti.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Menasihati Majlis Angkatan Tentera, Lembaga-Lembaga Pemilihan Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mana-mana pegawai ATM mengenai apa-apa perkara dengan kadar segera atau dalam masa dua (2) minggu dari tarikh perkara itu dirujukkan kepada kami, mengikut keperluan.
Menasihati pegawai pengesah dan pihak berkuasa kajian semula mengenai kesahan dapatan dan hukuman mahkamah tentera dengan kadar segera atau dalam masa dua (2) minggu dari tarikh perkara itu dirujukkan kepada kami, mengikut keperluan.
Melantik hakim peguam bagi tiap-tiap kes mahkamah tentera yang khidmat hakim peguam diperlukan dalam masa enam (6) hari dari tarikh permohonan diterima.
Menasihati pihak berkuasa kajian semula mengenai kesahan dapatan atau perbicaraan terus dalam masa dua puluh lapan (28) hari dari tarikh penerimaan maklum balas lengkap daripada markas yang berkenaan.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Pemantauan Laporan Pencapaian KPI Tier – 1 bagi Ketua Setiausaha kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian pada setiap suku tahun dan dikunci masuk ke dalam Sistem MyKPI JPA.
Pemantauan Laporan Pencapaian KPI Tier - 2, 3 dan 4 Pemilik KPI kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian secara tahunan dan dan dikunci masuk ke dalam Sistem MyKPI JPA.
Sesi libat urus secara dalam talian (emel) bersama semua Penyelaras Pemilik KPI setiap suku tahun bagi tujuan penyelarasan.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan perundangan yang terbaik kepada Kementerian dan kami sentiasa bertindak mengikut Perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama. Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berkualiti dan telus ke arah :
Memberi perkhidmatan nasihat undang-undang yang berkualiti menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dengan mengikut keutamaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas menerima permintaan yang dilengkapkan dengan maklumat latar belakang yang sempurna dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
Menyemak draf kontrak mengikut keutamaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan dengan syarat maklumat adalah lengkap dan sempurna.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Menerima aduan dan pemakluman kepada pengadu (jika ada) berkaitan penerimaan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Mengambil tindakan terhadap aduan untuk tindakan Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM), mengemaskini data dan fail aduan dalam tempoh 20 hari bekerja.
Mengemukakan maklum balas kepada pengadu berkaitan hasil tindakan ke atas aduan.
Menyelaras kerjasama berkaitan tindakan aduan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ ATM)
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Memajukan urusan yang telah diperakukan oleh mat kepada istana negara dalam tempoh lima (5) hari bekerja untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (SPBYDPA).
Memajukan perkenan spbydpa yang diterima daripada istana negara dalam tempoh dua (2) hari bekerja kepada bahagian perkhidmatan anggota Markas Angkatan Tentera Malaysia (BPA MATM).
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Proses tender terbuka, perolehan kerja dan perkhidmatan disempurnakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh tender ditutup sehingga pengeluaran Surat Setuju Terima (SST).
Proses sebut harga, perolehan kerja dan perkhidmatan disempurnakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh sebutharga ditutup sehingga pengeluaran Surat Setuju Terima (SST).
Memastikan dokumen kontrak perolehan perkhidmatan dimuktamadkan dalam tempoh empat (4) bulan selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
Mengeluarkan SST bagi tender/ sebut harga bagi kerja dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan/ keputusan.
Semua kontrak kerja dan perkhidmatan akan diperbaharui dalam tempoh 14 hari sebelum kontrak semasa tamat tertakluk kepada permohonan lengkap diterima daripada enam (6) bulan sebelum kontrak tamat.
Bayaran bil diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada semua dokumen lengkap diterima.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Perolehan bekalan dan perkhidmatan melalui kaedah tender terbuka diselesaikan dalam tempoh 180 hari dari tarikh tutup iklan tender sehingga pengeluaran Surat Setuju Terima (SST).
Perolehan bekalan dan perkhidmatan secara sebut harga diselesaikan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup pelawaan sebut harga sehingga pengeluaran SST.
Memastikan dokumen kontrak perolehan bekalan dan perkhidmatan ditandatangani dalam tempoh 4 bulan selepas SST dikeluarkan.
Semua kontrak bekalan dan perkhidmatan akan diperbaharui dalam tempoh 14 hari sebelum kontrak semasa tamat tertakluk kepada permohonan lengkap diterima dari pihak pengguna 6 bulan sebelum kontrak tamat.
Perolehan di bawah peruntukan ‘Dasar Baharu’ dan ‘One-Off’ akan dibekalkan dan dibuat bayaran dalam tahun semasa tertakluk kepada penerimaan permohonan sebelum 31 Mac tahun semasa.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Memberi maklum balas permohonan kodifikasi dalam tempoh 6 hari bekerja selepas permohohon lengkap diterima.
Memberi maklumbalas permohonan kod pengilang dan pembekal dalam masa 7 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima daripada pengilang/pembekal.
Memberi maklumbalas terhadap setiap aduan oleh pengguna SKN dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
1.1.1 Menyediakan nota percakapan dan ikhtisar pertahanan untuk dimajukan ke Kementerian/ Agensi/ Organisasi Antarabangsa atau Tempatan yang berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
1.1.2 Memajukan draf nota bantahan diplomatik ke Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh penerimaan laporan yang lengkap.
1.1.3 Memberi pandangan kepada Kementerian Luar Negeri berkaitan permohonan kelulusan diplomatik kemasukan pesawat atau kapal tentera asing ke ruang udara dan perairan Negara dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
1.1.4 Menyediakan dan memajukan jawapan pertanyaan jawab lisan Parlimen ke Pejabat Menteri atau Timbalan Menteri dalam tempoh dua (2) hari sebelum tarikh sesi jawapan di Parlimen.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Menyediakan Surat Kelulusan Program dan Pelepasan Obligasi Industrial Collaborations Programme (ICP) dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa ICP Committee (IC) Kementerian Pertahanan.
Mengkoordinasikan aktiviti / program penganjuran pameran pertahanan antarabangsa dalam tempoh satu (1) tahun.
Melaksanakan pemantauan projek Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) ATM sekali setahun bagi setiap zon penswastaan.
Melaksanakan audit keupayaan syarikat industri pertahanan secara berterusan empat (4) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima bagi syarikat yang memohon persijilan keupayaan Malaysia Industry Council for Defence Enforcement and Security (MIDES).
Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (telah audit) Perbadanan di bawah Kementerian Pertahanan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh laporan lengkap diterima dan seterusnya dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Penyimpanan, pengeluaran dan penyelenggaraan 100% Stok Simpanan Pertahanan (SSP) dalam pegangan dilaksanakan seperti berikut : a) Kuantiti mencukupi 100% b) Kerosakan / kecacatan sifar
Pengeluaran Stok Bantuan Kemanusiaan (SBK) dikeluarkan dalam tempoh 8 jam.
Pengeluaran stok Depot Tindakbalas Kemanusiaan Negara (DTBKN) dikeluarkan dalam tempoh 8 jam.
Mengoptimumkan penggunaan ruang pemyimpanan di gudang / stor supaya berada di tahap 60% daripada keseluruhan ruang penyimpanan di DSP.
Tuntutan terhadap invois dan bil dijelaskan dalam masa 14 hari selepas dokumen lengkap diterima.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Melayani dengan penuh iltzam segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia dalam pengurusan sumber manusia kewangan dan ICT
Cadangan penambahbaikan dan permohonan elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan serta faedah persaraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikaji dan dipertimbangkan untuk dikemukakan ke Agensi Pusat dalam tempoh: i) Dua puluh (20) hari bekerja dari tarikh cadangan lengkap diterima bagi cadangan yang kompleks; dan ii) Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh cadangan lengkap diterima bagi cadangan yang tidak kompleks
Memastikan pemakluman tawaran kursus kepada peserta (melalui surat /e-mel) dikeluarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh kursus berlangsung tertakluk kepada kelulusan kewangan dan kesediaan medium penyampaian.
Maklum balas terhadap permohonan intervensi diberikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Semua program menerima Waran Peruntukan Am (WPA) dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan waran daripada Perbendaharaan melalui Pegawai Pengawal.
Permohonan kelulusan kewangan diproses dan diputuskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Memproses dan meluluskan status permohonan kenderaan jabatan satu (1) hari sebelum tarikh perjalanan bagi permohonan yang dikemukakan tiga (3) hari sebelum perjalanan.
Memproses dan melulus permohonan penggunaan ruangan/dewan gunasama (foyer/Auditorium/Dewan Seroja) yang lengkap dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh tempahan.
Memastikan tindakan awal diambil terhadap aduan kerosakan dan kebersihan yang lengkap melalui Sistem Aduan Kerosakan dan Kebersihan (SAKK) dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Mengeluarkan Surat Iringan Ketua Jabatan bagi Tujuan Permohonan Pembiayaan Perumahan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) melibatkan semua kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk di Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Melaksanakan pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan (LPP 2) selewat-lewatnya dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat permohonan diterima.
Memastikan permohonan kelulusan hapus kira yang lengkap dikemukakan kepada Perbendaharaan/Pegawai Pengawal dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir diterima.
Memproses permohonan membuka fail peribadi baharu dan permohonan pinjaman fail peribadi yang lengkap dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
Memperoses permohonan pelupusan fail yang lengkap dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Memastikan pengurusan surat dan bungkusan rasmi diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Permohonan penyelidikan, penyiasatan dan kajian berkaitan teknologi pertahanan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permohonan lengkap.
Menyelesaikan pengujian dan mengeluarkan laporan dalam tempoh tidak melebihi a) 1 bulan dari tarikh terima permohonan lengkap untuk item bukan tender perolehan. b) 45 hari daripada tarikh sampel diterima di makmal pengujian bagi item tender perolehan.
Pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja dari tarikh permohonan untuk spesifikasi yang lengkap.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
MiDAS berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk penyelidikan dan perkongsian pengetahuan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan. Untuk mencapai matlamat ini, MiDAS akan :-
Memberi pandangan dan ulasan berkaitan isu-isu semasa pertahanan dan keselamatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Menyediakan laporan awal aktiviti dalam tempoh dua (2) minggu selepas setiap program.
Melaksanakan kajian dan analisa berkaitan pertahanan dan keselamatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pemegang taruh/pelanggan.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan
Menyemak dan memproses pembayaran Pencen Perkhidmatan, Ganjaran Perkhidmatan, Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR) dan Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM) dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
Permohonan Skim Bantuan Kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diproses dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh terima permohonan yang lengkap. a) Skim Bantuan Kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) b) Sara Hidup c) Persekolahan d) Institut Pengajian Tinggi e) Peralatan Pesakit f) Bencana/Kecemasan
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan