KUALA LUMPUR, 10 November 2023 - Festival Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Tahun 2023 Peringkat Kementerian Pertahanan yang telah diadakan pada 6 hingga 10 November 2023 dengan objektif memupuk budaya literasi dan kesedaran tentang aspek kebahasaan serta sebagai inisiatif yang memfokuskan pemerkasaan bahasa kebangsaan.
Festival DBK DMK ini merupakan anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama erat antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan serta dimeriahkan lagi dengan jualan kraftangan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM).
Pelbagai pertandingan telah diadakan sepanjang festival ini seperti Pertandingan Fotografi bersama-sama Buku, Pertandingan Akulah DJ, Pertandingan Baca Berita, Pertandingan Eja Jawi, Pertandingan Melukis dan Mewarna melibatkan kanak-kanak Taska Permata Puspanita MINDEF serta Pertandingan Sahibba dan Susun Suai Gambar.
Majlis penutup festival ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Setiausaha, YBhg. Datin Seri Nor Laili binti Hamzah Pengerusi PUSPANITA MINDEF, YBhg. Dato’ Fully Chye Goet Lee Pengerusi PSJKM, YBrs. En. Rahimi bin Arifin Ketua Bahagian Penguatkuasaan DBP, ahli Pengurusan Tertinggi MINDEF dan warga kerja Pertahanan.