Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

KUALA LUMPUR, 11 September 2023 - Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbesar hati menzahirkan keprihatinan dalam Program Jiwa Murni dengan membina semula surau Abu Hurairah menerusi usaha sama Bank Islam Berhad dan Persatuan Zoologi Malaysia bagi memberi kemudahan kepada pengunjung dan warga di Zoo Negara.

Pembinaan ini melibatkan kecekapan 24 anggota Pasukan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja yang diketuai oleh Lt Kol Norhejeri Samsudin, Mejar Haziq Abdul Jalal dan Lt Al Ismail Ahmad.

Ianya juga menyediakan tempat beribadat baharu yang lengkap, selesa yang memperlihatkan ciri-ciri mesra pengguna termasuk kemudahan untuk golongan warga emas dan kelainan upaya.

Projek pembinaan surau ini turut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs Dr. Mohd Bakhari Bin Ismail di Zoo Negara.