Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

LANGKAWI, 25 Mei 2023 – Kementerian Pertahanan Malaysia telah menandatangani 43 dokumen Kontrak, Memorandum Persefahaman (MOU), Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Niat yang bernilai RM10.128 billion dengan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023).

Manakala Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Muez bin Abd Aziz mewakili kerajaan Malaysia bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Kementerian Pertahanan juga telah mengumumkan beberapa perolehan aset pertahanan baharu yang sedang dilaksanakan untuk memperkukuhkan lagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, majlis menandatangani 8 memorandum persefahaman di antara UPNM bersama pemegang taruh juga turut diadakan. Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya bin Abdullah telah mewakili UPNM bagi upacara tersebut dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan Ketua Setiausaha Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar.