Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

LANGKAWI, 25 MEI 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian diantara SKS Airways, Azzora Aviation Holdings dan Embraer Commercial Aviation. Turut mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Baginda turut menyaksikan dengan lebih dekat pesawat E195-E2 di tapak Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan meluangkan masa menyantuni Tim Aerobatik ‘Black Eagles’ milik The Republic of Korean Air Force bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.