LANGKAWI, 24 Mei 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Turut berangkat bersama baginda Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Menyambut ketibaan baginda ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.