Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menyaksikan dan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Panglima Tentera Darat ke-29 dan Majlis Serah Tugas di Wisma Pertahanan.

Hari ini secara rasminya Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman menjawat jawatan sebagai Panglima Tentera Darat ke-29 mengemudi tampuk kepimpinan Tentera Darat menggantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat Ke-28 berkuat kuasa 22 Mac 2023.

Menteri Pertahanan dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Panglima Tentera Darat yang baharu serta menzahirkan penghargaan kepada Mantan Panglima Tentera Darat ke-28 atas jasa dan bakti kepada nusa dan bangsa selama berkhidmat.