Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 - Ketua Setiausaha, YBhg Dato' Sri Muez bin Abd Aziz telah merasmikan Pusat Data UGAT yang baharu di KEMENTAH.

Pusat Data UGAT merupakan infrastuktur yang dipindahkan ke penempatan baharu dan berfungsi mengawal serta memproses Sistem Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SGATM) iaitu sistem yang dibina bagi tujuan pembayaran emolumen ATM.

YBhg Dato' Sri Muez bin Abd Aziz turut dibawa ke bangunan yang menempatkan Pusat Data UGAT bagi menyempurnakan acara perasmian dan simbolik menandatangani plak perasmian Pusat Data UGAT yang baharu. Beliau juga turut dibawa melawat persekitaran dalaman Pusat Data UGAT sambil menerangkan fungsi dan peranan Pusat Data UGAT dengan lebih terperinci.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, YBhg Dr Mohd Bukhari bin Ismail; Ketua Staf Markas ATM, YBhg Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, YBhg Mej Jen Mohamed Fauzi bin Kamis.