Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

Adiyaman, 26 Februari 2023 - Petugas Hospital Medan Malaysia (HMM) diketuai oleh Pegawai Memerintah, Kol Dr Yussra bin Yusoff telah mengadakan lawatan ke Field Hospital Turkiye dan Pusat Kesihatan Adiyaman, Turkiye pada 23 Februari 2023 yang lalu.

Objektif lawatan ini adalah untuk perkongsian maklumat dan bertukar-tukar pandangan dalam aspek pengurusan hospital medan yang boleh dijadikan panduan serta rujukan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hubungan baik serta membina jaringan antara pegawai-pegawai perubatan Malaysia dan Turkiye.

Sumber : Markas Angkatan Bersama