KUALA LUMPUR, 27 Feb 2023 -Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi sebentar tadi.
Lawatan telah dimulakan dengan pemeriksaan kuarter, sesi taklimat dan YB Timbalan turut diperkenalkan pegawai-pegawai kanan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat.
Selain itu, tumpuan lawatan kerja YB Timbalan turut memfokuskan kebajikan anggota tentera dengan menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 6 warga Pemerintahan Medan Barat.
Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan anggota tentera dan keluarga sentiasa terpelihara seperti yang terkandung di dalam perkara 5 dalam Kertas Putih Pertahanan ialah berkenaan warga pertahanan.
Turut hadir bersama,Jeneral Tan Sri Dato’Seri Zamrose bin Mohd Zain,Panglima Tentera Darat, Dr Mohd Bakhari bin Ismail,TKSU Pengurusan,Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan,Panglima Medan Barat Tentera Darat dan Pegawai Kanan ATM.