Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

SARAWAK, 25 Februari 2023 - Tentera Darat telah mengadakan Kursus Repalman Kelas Satu (Decentralised) Siri 12/22.

Kursus yang dilaksanakan selama 11 minggu dan diikuti lima minggu Latihan Sambil Kerja (LSK) ini adalah bagi membentuk seorang anggota repal yang kompeten dari segi pengetahuan serta konsep peperangan selain memberi pendedahan berkaitan aplikasi persenjataan di peringkat kompeni.

Penuntut kursus ini terdiri daripada 11 RAMD, 13 RAMD, 20 RAMD, Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), 10 RRD, Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS), 7 RS, 9 RS dan 10 RS.

Majlis Penutup Kursus Repalman Kelas Satu (Decentralised) Siri 12/22 ini telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) bertempat di kawasan am Tinteng Seru, Sri Aman pada 22 Februari 2023 dan seramai 145 penuntut telah turut terlibat.

Pbt Mohd Nidzam Kongku Ejing@Abd Asnih dari 9 RS telah menerima anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik manakala Penuntut Akademik Terbaik telah diberikan kepada Pbt Muhammad Eizam Hafis Mahadi dari 20 RAMD dan Penuntut Kawad Terbaik pula telah diraih oleh Pbt Putera Dinie Al-Aziz Mohd Shair dari 3 RRD.

Sumber : Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja