Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 - Chief of Staff of Republik of Korea Air Force, Jeneral Jung Sanghwa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, YB Tuan Adly bin Zahari di Bangunan Parlimen.

Di dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak membincangkan isu-isu kerjasama pertahanan di antara negara, khususnya di antara Republic of Korea Air Force (ROKAF) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Malaysia dan Republik Korea komited untuk memperkukuhkan dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara ke peringkat yang lebih tinggi.