Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 - Seramai 500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang mewakili Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) tersebut.

Seramai 13 balu antara yang menerima pingat PJM bagi mewakili suami mereka yang telah meninggal dunia.

Sejarah penganugerahan PJM yang dikoordinasi JHEV ATM telah dilaksanakan pada 3 Mac 2004 merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas komunis. PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat yang berkelayakan.

Antara syarat kelayakan menerima PJM adalah telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).

Selain itu, anggota yang terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang pengganas PKM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau pengganas PKKU bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 juga turut layak menerima PJM.

Sehingga hari ini, seramai 34,132 warga veteran ATM telah menerima PJM manakala bagi veteran yang layak dan belum lagi menerimanya akan dijadualkan penganugerahannya pada masa akan datang.

Sumber : JHEV ATM