Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

CELIKHAN, 20 Februari 2023 - Hospital Medan Malaysia (HMM) di Turkiye buat pertama kalinya berjaya melakukan pembedahan di medan melibatkan seorang pesakit wanita tempatan yang berusia 48 tahun. Pesakit tersebut mengalami kepatahan tulang pada lengan kiri akibat kecederaan semasa bencana gempa bumi yang lalu. Pembedahan ortopedik ini berjaya dilaksanakan tanpa komplikasi oleh Pakar Bedah Ortopedik ATM, Lt Kol (Dr) Nazran Ramlan dan tim dewan bedah HMM.

Sumber : Markas Angkatan Bersama