Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2023 - PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan (MinDef) telah menyertai Karnival Sukan Tahunan Puspanita tahun 2023 pada 17 hingga 19 Februari 2023 di Sports Arena UNITEN dengan penyertaan Acara Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal dan Olahraga.

Kontijen PUSPANITA MinDef telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Shahrazat binti Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) merangkap Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA MinDef. Upacara Penutup karnival ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Penaung PUSPANITA.

PUSPANITA MinDef telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Piala Penaung PUSPANITA.

PUSPANITA MinDef telah berjaya memenangi 5 pingat emas dan 3 pingat Perak bagi acara olahraga iaitu larian 100m, 400m, 4x100m, 4x400m, lontar peluru dan lompat jauh.

YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan isteri YBhg. Datin Sri Rafidah binti Latif, Pengerusi PUSPANITA MinDef turut meluangkan masa menghadiri dan bersama-sama memberikan sokongan kepada Kontijen PUSPANITA MinDef.