SELANGOR, 7 Februari 2023 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Sungai Buloh.
Lawatan ini bertujuan meninjau dan mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan pelaksanaan Latihan Peralihan khusus untuk Anggota ATM yang bakal bersara.
Beliau turut mengadakan kunjungan ke beberapa bengkel latihan seperti PKS Agrotani, Binaan & Hiasan Dalam, Jahitan dan Elektrikal disusuli sesi beramah mesra bersama pelatih PERHEBAT.
Sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP) Kementerian Pertahanan memberi keutamaan dan komitmen tinggi terhadap pembangunan modal insan dan sosioekonomi Bakal Pesara dan Veteran ATM. Ia termasuklah inisiatif bagi membantu kumpulan sasar itu untuk mendapat kerjaya kedua.