Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUANTAN, 6 Februari 2023 - ATM menerusi Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (12 RAMD (Mek)) di bawah naungan Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanize) (4 Bgd (Mek)) telah mengaturgerak seramai 2 pegawai dan 47 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan.

12 RAMD (Mek) juga turut giat melaksanakan tinjauan dan membantu menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Taman Tas, Pandan Damai, Kg Jaya Gading, Taman Mahkota Jaya dan juga Gudang Rasau.


Sumber : 12 RAMD Mekanize