Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SUBANG, 24 November 2022 - Kumpulan terakhir Pasukan Pengaman Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT 850-9) telah selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada 18 November yang lepas.

Ketibaan MALBATT 850-9 telah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Kumpulan terakhir MALBATT 850-9 ini diketuai oleh Kolonel Megat Maz Ardi bin Nohuddin.

Seramai 240 orang anggota MALBATT 850-9 yang terdiri dari 237 orang warga Angkatan Tentera Malaysia dan 3 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah selamat kembali.

Kementerian Pertahanan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MALBATT 850-9 kerana telah berjaya melaksanakan misi dengan cemerlang sepanjang berada di Lubnan sebagai satu pasukan.

Sumber : Markas Angkatan Bersama