Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KEMBOJA, 21 November 2022 – YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan Mesyuarat ADMM-Plus di Siem Reap, Kemboja yang berlangsung pada 21 sehingga 24 November 2022.

ADMM dilihat sebagai satu medan terbaik untuk Malaysia menyuarakan pandangan serta pendirian berhubung pelbagai isu pertahanan demi kepentingan keselamatan ASEAN khasnya dan Malaysia amnya.

YBhg. Dato` Sri Muez bin Abd Aziz turut mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Pertahanan, di mana Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada Kemboja di atas kejayaan dalam penganjuran mesyuarat-mesyuarat ADMM selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2022.

Menerusi pertemuan dua hala tersebut, pelbagai isu-isu kerjasama Pertahanan telah dibincangkan termasuklah penglibatan tentera pengaman wanita Kemboja dalam kursus-kursus anjuran Pusat Pengaman Malaysia di Port Dickson dan juga penglibatan peserta dari Kemboja dalam program Kerjasama Pertahanan Malaysia (MDCP).

YBhg. Dato’ Seri Muez juga turut menjemput TYT Samdech Pichey Sena Tea Banh dan delegasi dari Kemboja untuk hadir ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) yang akan berlangsung pada 23 sehingga 27 Mei 2023.