Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

MELAKA, 28 September 2022 – Projek Senggaraan RKMAT Desa Taming Sari telah dirasmikan dengan jayanya oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa lawatan kerja ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak.

Menerusi agenda perumahan, sejumlah 50 unit RKMAT Desa Tun Razak dan Desa Taming Sari 1 dan 2 telah terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan berakhir pada 15 Ogos 2022 yang lalu dengan bantuan seramai 1 Pegawai dan 152 anggota Lain-lain Pangkat daripada gabungan pasukan RAJD melibatkan kerja-kerja awam dan elektrik. Sementara ini, sebanyak 18 unit RKMAT Desa Taming Sari akan mula didiami oleh anggota ATM khususnya yang berkeluarga dengan mengambil kira kos kadar sewaan bagi yang menetap di luar Kem Terendak.

Akhir sekali, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan acara penyerahan replika kunci kepada 8 orang penghuni rumah ,RKMAT Desa Taming Sari 2 sebagai simbolik kepada Perasmian Projek Senggaraan RKMAT ini.