Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 22 September 2022 - Seramai 100 orang kakitangan Kementerian Pertahanan telah terlibat dalam Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Unit Integriti dengan kerjasama Kelab Kakitangan Awam (KAKEP) dan Surau Al-Hidayah bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal.

Kursus ini dilaksanakan selama 2 hari bermula 20 hingga 21 September 2022. Kursus ini dikelolai oleh Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang bertujuan untuk menerangkan secara teori dan pratikal berkenaan pengurusan jenazah dari segi penyediaan kain kapan, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, sembayang jenazah dan seterusnya pengkebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Taman Muda Gombak.

Peserta juga turut melaksanakan latihan amali apabila diminta menguruskan 2 jenazah lelaki dan wanita yang sebenar. Pengurusan jenazah ini juga turut dipantau oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.