Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SELANGOR, 16 September 2022 - Seramai 34 ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) yang terdiri daripada 25 buah motorsikal telah menyertai program Konvoi Hari Malaysia Mindef 2022 yang diadakan dari Wisma Pertahanan ke Pantai Bagan Lalang.

Program ini diadakan sejajar dengan sambutan bulan kemerdekaan dalam memupuk semangat Keluarga Malaysia dan kekitaan. Selain itu, program ini juga diselitkan dengan pertandingan yang bertemakan sejarah kemerdekaan Malaysia.