Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

NEGERI SEMBILAN, 15 September 2022 – Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz telah mengadakan sesi perjumpaan bersama kontinjen MALBATT 850-10 yang telah menamatkan Force Integration Training (FIT) di Kem Si-Rusa Port Dickson.

Sesi perjumpaan ini dimulakan dengan sesi dialog di antara Ketua Setiausaha dan anggota MALBATT 850-10 serta disusuli penyerahan sumbangan kebajikan bagi Program Civil Military Cooperation (CIMIC) untuk tujuan program menyantuni penduduk sekitar Kawasan Tanggungjawab MALBATT di Lubnan kelak.

Dalam pada masa yang sama, beliau mengakhiri sesi bersama MALBATT 850-10 dengan meraikan dan menyampaikan hadiah kepada kontinjen pemenang Karnival Sukan MALBATT 850-10 di kem tersebut.