Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 15 September 2022 – Persidangan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah berlangsung di Wisma Pertahanan hari ini secara hybrid bertemakan Impak Kesejahteraan Psikologi Dalam Kecemerlangan Organisasi.

Persidangan ini bertujuan sebagai platform untuk memberikan ilmu pengetahuan serta kemahiran secara berterusan kepada ahli AKRAB Kementerian Pertahanan.

Ianya bagi membincangkan kesejahteraan psikologi yang merangkumi dimensi tertentu dan seterusnya memberi impak kepada kecemerlangan sesebuah organisasi meliputi kesejahteraan psikologi tersebut meliputi hal ehwal peribadi, kewangan dan keluarga. Seramai 250 orang peserta daripada ahli AKRAB awam dan juga tentera telah menyertai persidangan ini yang turut dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, YBhg. Datuk Muhammad Zamani bin Mohd Ali.