Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 15 September 2022 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz telah menghadiri Majlis Perasmian Semarak Patriotik Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2022 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Pavilion Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Seramai 112,413 orang pelajar berjaya mencipta sejarah dalam Bacaan Lafaz Ikrar Rukun Negara dan telah direkodkan di dalam Malaysia Book of Records.